Sunday 6 August 2017

APA BEZA BENGKEL KERETA DENGAN PUSAT SERVIS KERETA?

BENGKEL KERETA VS PUSAT SERVIS KERETA

     Baru-baru ni admin pergi pusat servis Nissan. Selalu admin pergi bengkel member je. Tapi kali ni admin tergerak nak try pusat servis yang dah diiktiraf jenama kereta admin. Korang yang baca ni mesti baru nak mula berjinak-jinak dengan kereta. Al maklumlah bagi yang fresh grad tu dah 3 bulan payslip dia, mesti la nak apply loan kereta.  Ok, entry kali ni bukan nak cite pasal pengurusan duit ke, loan ke, tapi pasal bengkel dgn pusat servis.

     Bagi korang mesti nampak sama kan sebab dua-dua berkaitan dgn repair kereta.So, mana lagi bagus, bengkel atau pusat servis? ok, korang baca kat bawah ni.

     Bengkel kereta kebiasaanya dibuka oleh mereka yang dah berpengalaman membaiki kereta dengan dah ada modal sikit2 la. Biasanya dari mekanik bengkel lain jugak. Bengkel biasanya akan repair ikut permintaan korang. Bengkel kereta ni kalau korang nak tau diaorang lebih pakar dalam membaik pulih atau bahasa korang tu dipanggil repair la. Diaorang jugak ni pakar modified jugak la. Part yang rosak diaorang boleh modifed sikit bagi membolehkan bende tu function semula. Tu la cara diaorang cut cost tapi amik untung harga macam tukar baru.

   Tapi tak semua la bengkel yang buat macam tu. Tak kira mekanik melayu atau cina ke. Kenapa tak mention India? sebab setakat ni admin belum pernah berurusan dgn mekanik india. India ni lebih suka buka bengkel spray2, sebab diaorang jenis teliti. Lagi 1 kalau korang pergi bengkel biasa2 korang akan hadapi mekanik tak cermat sebab diaorang kekurangan peralatan yang spesifik untuk repair apa2 part kereta korang, mula korang nanti panas hati terketuk la, tercalar la, terkentut la.. Tapi kalau pergi pusat servis hampir semuanya lengkap untuk servis kereta korang. Ok dah faham? belum kan? korang sambung baca untuk pusat servis pulak.

     Pusat servis pulak kebiasaannya adalah daripada kalangan yang telah berkursus bagi membaiki kereta keluaran sesuatu jenama, saya ambil contoh Proton la. Ok, diaorang ni dah memang tahu dalam sesuatu kereta tapi lebih spesifik jenis keretanya. Cara buka macam mana, minyak hitam jenis apa yang sesuai, tayar jenis apa sesuai, treatment apa yang sesuai. Semua tu diaorang dah ada data untuk kereta korang. Diaorang jugak rata-rata adalah yang tahu pasang dan buka sahaja part dalam sesuatu kereta. Diaorang lebih skema sebab diaorang ada SOP dia (SOP tu Standard Operation Procedure) dimana diaorang mesti mengikut procedure dari A sampai Z bende tu siap mengikut standard dan kualiti.

     Kalau contoh ekzos korang bocor sikit diaorang tidak akan tampal atau welding sikit bahagian bocor tu, tapi diaorang akan terus tukar 1 set sebab diaorang tahu kalau dah bocor maksudnya hayat ekzos korang sudah sampai masa untuk ditukar dan kemungkinan bahagian ekzos lain mungkin akan bocor juga, jadi lebih baik tukar 1 set. Itulah cara diaorang. Kalau bengkel diaorang akan ikut customer nak murah ke nak mahal, kalau nak mahal tukar 1 set, kalau nak murah tampal. Ha, macam tu la untuk pusat servis. Kalau diaorang tak ikut, korang kasi hantam je.

     Ok kalau dipendekan cerita bengkel kereta ni diaorang selagi boleh buatkan kereta tu boleh bergerak diaorang akan bagitahu dan bergantung kepada permintaan pelanggan. Tapi kalau pusat servis kereta, dia kalau boleh mesti nak tukar part yang problem walaupun bende tu masih boleh guna lagi sebab diaorang nak jaga standard servis diaorang dan keselamatan korang.

     So lepas ni korang tepuk dada tanya selera. setakat ni admin puas hati la kalau servis dekat centre servis, barang pun genuine. Kalau bengkel ni kurang sikit servis dia. Harga lebih kurang je la admin agak2.

    Ok, tu je dari admin, apa2 korang boleh komen. admin masih belajar lagi guna blog, maaf la admin ketinggalan zaman sikit, biasalah lain keluarga lain cara dibesarkan. Nasib baik admin jenis suka explore, kalau tak sampai bila-bila admin tak tahu. Ok guys, terima kasih support blog ni.

Link ni kalau korang nak tengok table perbezaan lebih jelas
==> (Gambar Jadual Bengkel Vs Pusat Servis)


APA BEZA BENGKEL KERETA DENGAN PUSAT SERVIS KERETA?

BENGKEL KERETA VS PUSAT SERVIS KERETA      Baru-baru ni admin pergi pusat servis Nissan. Selalu admin pergi bengkel member je. Tapi kali n...