Saturday 22 July 2017

AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) atau TABUNG HAJI (TH)

ASB Vs TH 











    Siapa2 yang baca ni mesti dia tengah buat perancangan untuk duit simpanan korang nak disalurkan ke mana bukan? share la kat admin sikit seribu dua ke. hehehe gurau je. Ok, korang boleh baca fokus2 kalau korang nak paham tau.

  1st sekali sebelum korang pilih nak simpan ke ASB atau TH korang kene cek agama korang dulu. Kalau korang bukan Islam itu terserah pada korang. Tapi jika agama korang
 Islam, korang kene wajib keluarkan zakat wang simpanan, ni bukan kerajaan suruh bukan juga mak bapak korang suruh, tapi ni Allah yang suruh untuk bantu, sedekah, tolong orang yang lebih memerlukan.

   Ok, di Malaysia ada dua instrumen Simpanan/Saving yang paling popular di kalangan Bumiputera iaitu ASB dan Tabung Haji.

Saya kongsikan simulasi 5 tahun pulangan ASB dan Tabung Haji berdasarkan dividen dan hibah sebenar dari 2012 hingga 2017 yang disediakan oleh Founder INFAQ Consultancy, Tuan Afyan.

ASB:                                                                  Tabung Haji :
2012    7.75%                                                     2012    6.50%
2013    7.70%                                                     2013    6.00%
2014    7.50%                                                     2014    6.25%
2015    7.25%                                                     2015    5.00%
2016    6.75%                                                     2016    4.25%
*Dividen sahaja, tidak termasuk bonus             *Hibah sahaja, tidak termasuk bonus.

Korang mesti cakap sikitnya tak berbaloi TH. Sabar, korang baca sampai habis dulu baru korang terbuka mata. Ok, sambung baca dulu.

Kedua dua Instrumen ini menepati ciri ciri Simpanan yang baik iaitu;

1. Zero Risk / Capital Guaranteed
2. Zero Charge
3. Liquid / Kecairan tinggi.
4. Return higher than inflation.

Perbezaan ketara adalah ASB perlu dizakatkan sendiri, manakala TH telah automatik dizakatkan.

Jadi selepas dizakatkan, instrumen mana memberi pulangan lebih tinggi? ASB atau TH?
Anda sendiri menyimpan dimana?

Korang boleh rujuk simulasi berikut jika anda menyimpan 100K dalam tempoh 5 tahun didalam kedua dua instrumen tersebut.

Klik link dibawah ni untuk download gambar carta perbandingan ASB vs TH. Admin yakin korang mesti lebih paham dan lebih jelas. Lepastu korang boleh lah mulakan langkah seterusnya untuk duit simpanan korang.

 ASB vs TH Photo 1

ASB vs TH Photo 2



No comments:

Post a Comment

APA BEZA BENGKEL KERETA DENGAN PUSAT SERVIS KERETA?

BENGKEL KERETA VS PUSAT SERVIS KERETA      Baru-baru ni admin pergi pusat servis Nissan. Selalu admin pergi bengkel member je. Tapi kali n...