Wednesday 5 July 2017

10 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MEMBELI SMARTPHONE

   
10 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MEMBELI SMARTPHONE!!!







    Saban hari teknologi smartphone semakin canggih. Setiap bulan ada je smartphone baru yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat elektronik. Company yang dulunya buat mesin jahit sekarang ni pun dah maju dah buat smartphone kat luar sana.
    
    Tetapi korang kena ingat, nak beli pun kene survey dulu. jangan main beli je. Nanti mula la mengadu fon hang la,bateri cepat habis la. Lepastu salahkan fon, salahkan brand fon yang korang beli tu. Hello?? fon tu tak salah, brand tu tak salah, korang yang ta survey ok. Ni kami kongsikan beberapa tips nak beli fon baru.

1. Tujuan Beli Smartphone Baru.
Korang sebelum beli kene la ada tujuan untuk sesuatu tu. Contohnya, sebagai student yang banyak aktiviti atau assignment luar yang banyak kene amik gambar atau edit gambar, korang beli la yang besar memory simpanan. sekurangnya 16GB dah ada untuk korang simpan gambar2 korang. Kalau kurang, confirm tak cukup sebab nak simpan gambar selfie lagi, gambar whatsapp la. 

2. Random Access Memory (RAM) ,Processor dan Read Only Memory (ROM) 
Benda ni sangat penting bagi menentukan fon korang senang hang ke tak. Sekurang-kurangnya 2GB RAM dah ok kalau korang setakat nak amik gamba, main whatsapp, tengok akaun bank, facebook la tapi 2GB RAM ni buka utk yang kaki game kat fon tau. Setakat 1-3 game ok la, tu pun tengok size game korang. Kalau yang lebih tujuannya beli fon ni korang kene lebih la sikit spec dia. Processor dengan ROM pulak lagi tinggi GB dia lagi bagus. Processor ni ibarat otak, RAM ni ibarat ingatan kita dan ROM ni ibarat tempat simpan barang. Otak dah pikir tapi ingatan tak kuat jadi la lupa. Tu yang hang fon korang nak ingat semula. Kalau takut tak ingat,nanti dia simpan kat tempat simpan (ROM). Sebab tu lah korang kena bersihkan guna master clean la, bersihkan cache la, data tu semua untuk fon korang ingat semula. Bonus untuk korang kalau fon korang boleh letak memory card. Ok, dah fahamkan.

3. Bateri
Untuk bateri ni lagi besar mAh dia lagi lama lah fon korang menghidupkan diri. Sape2 yang malas bawak power bank ke hulur hilir dipersilakan beli yang besar mAh dia. Lepastu sape2 yang pakai android cari la yang bateri dia atas 3000mAh sebab android punya system banyak consume power.
Tapi ingat, lagi besar bateri korang lagi lama korang kene cas. Better cari yang ada teknologi super-capacitor atau fast charging, kalau tak memang pisang la korang.

10,000mAh, entah berapa hari baru kene cas.


4. Saiz, Bentuk dan Material
Saiz ni penting jugak. ada yang minat besar, ada yang minat kecil dan ada yang minat sedang2 je. Yang minat besar2 ni jenis yang suka pegang fon macam fefeling bawak purse 24jam. Yang kecil ni jenis yang banyak buat aktiviti fizikal, yang sederhana ni macam aku la jenis lek lek kacang pool larkin je. hahaha. Bentuk dan material penting. Benda ni la antara punca korang tengok fon kawan korang skrin pecah lepastu tak ganti2. Sebelum beli pegang dan rasai dan alamilah bakal fon korang tu licin sangat ke, tajam sangat sampai boleh luka ke. Jangan nampak kilat, elegan la, nampak mewah la terus nak beli.

Korang pilih la bentuk yang korang suka


5. Skrin
Skrin confirm nak yang best kan. Kalau tak best macamana nak tengok gambar2 korang ye dak? Nak skrin cantik tengok ppi (pixel per inch) atau resolution dia. lagi tinggi lagi Wow la! Saiz bezel (antara skrin dengan body tepi) kalau jenis yang nak safety beli yang saiz bezel besar sikit supaya kalau jatuh tak lah kene skrin korang. Tapi kalau jenis yang nak layan movie atau nak nampak slim fon korang beli la yang nipis saiz dia. Jenis skrin pun penting. Jenis TFT aku tak sarankan la korang beli sebab senang sangat kene wabak line hitam garis2. Tu namanya pixel mampos. haha. Jenis skrin pun ada yang boleh jimatkan bateri korang. Contoh skrin AMOLED boleh save energy kalau guna background yang gelap berbeza dengan IPS LCD. Jenis safety untuk skrin pun kene ambil tahu jugak, corning gorilla glass, sapphire dan lain-lain.

Maaf la gambar bernafsu sikit. hehehe


6. Kamera
Kamera ni kene tengok spec kamera tu jugak, tak kisah la dual atau triple camera sekalipun. Kamera korang kena tengok megapixel dia, lagi tinggi lagi bagus. Frame per second (fps) pun penting bagi yang suka amik video slow motion, lagi tinggi lagi bagus jugak. Focal length pun penting kalau korang jenis yang suka ambik gamba micro macam amik gamba semut dekat-dekat tu. Ni semua benda2 fizik yang budak2 fizik belajar tu la. Paling penting ada optical stabilizer yang akan buatkan gambar korang tak blur sebab tangan terketar-ketar amik gambar. 

Makin power camera sekarang, puas hati korang selfie nok


7. OS (Operation System)
Os ni penting sebenarnya. Benda ni ibarat cara system fon korang digunakan. Ibaratnya ada 2 orang cikgu mengajar Matematik, bila belajar dengan cikgu ni senang faham, tapi bila dengan cikgu lagi sorang susah nak masuk. Macamtu la jugak OS ni fungsi, kalau os fon korang bagus, senang a fon korang beroperasi. Setakat ni aku rasa iphone punya OS iaitu IOS bagus. Tapi IOS terhad penggunaan dia walaupun terbaik dari segi penggunaan ram dan processor dia. Tu yang Iphone lek kacang je install game GB-GB bapak walaupun ram bawah 2GB. Android Crowded la aku rasa, tapi puas hati cara operasi dia. Nokia punya OS jenis yang simple dan sempoi. Terpulang la kat korang nak pakai mana. Tepuk handset tanya google. Eh, sudah tukar ka.

BB punya antara OS paling secure


8. Connection
Ok, sambungan ni untuk kesenangan bersosial dan keselamatan korang. Benda basic yang kene ada macam biasa la, wifi, data, bluetooth, gps dan lain-lain. Data atau network kalau dapat 3.5g ke atas. 3.5g pn sekarang da slow. Biasalah, business plan company telekomunikasi sekarang. Bluetooth kalau takde pun takpe. NFC tak ramai guna, tapi banyak manfaat jugak benda ni. Gps korang kena sentiasa on walaupun bnyak bateri guna sebab untuk keselamatan kot2 fon kene curi dengan peragut ke. Sambungan untuk cas fon pun mestilah yang senang korang cari sparepart dia. Almaklumlah cable putus la, itu la, ni la. Kepala kabel jenis type C paling laju untuk cas dengan transfer file. Sekarang pun dah banyak jugak jual yang wireless punya. Yang portable pun ada, yang dah memang ada kat fon pun ada sekarang.



9. Speaker dan Mikrofon
Speaker an mikrofon ni penting masa call je. Cari fon yang speaker dia ada jaring2 supaya dapat tapis habuk, bedak foundation, rerambut, bebulu, hama dan sebagainya masuk ke ruang speaker supaya speaker tak mudah rosak dan korang boleh dengar jelas suara orang yang call korang tu. Selan itu seminggu sekali korang vakum la sikit area speaker supaya takda habuk, kuman atau hama bersarang dalam speaker supaya telinga korang tak kene apa2 infection. Mikrofon kat fon korang kalau boleh ada 2, 1 kat bawah untuk cakap, 1 lagi kat belakang untuk noise cancellation supaya kawan korang boleh dengar suara korang yang lunak dan merdu tanpa gangguan dari bunyi ayam la, bunyi motor la. Bagi kawan2 jenis yang suka buat kerja sambil buka lagu korea kuat-kuat tu cari la speaker ke-2 yang ada teknologi Dolby ke, Beats ke, takdak la buka kuat2 tapi pecah.




10. Brand atau Jenama
Kalau korang jenis yang suka tukar2 brand fon macam aku ni boleh rasa perbezaan guna fon dari brand yang berlainan. Jenama Samsung ni fon kategori high class dia yang power dan tahan tapi untuk kategori mid dan low dia baik tak payah beli la. Iphone bagi aku kualiti terbaik tapi kene jaga betul2 la sebab iphone ni sensitif sikit. Lenovo ok la, fon mid dgn low dia boleh tahan. Sama jugak dengan huawei. Nokia setakat ni memang takda sape boleh challenge ketahanan beliau. Lumia 720 aku dah banyak kali jatuh pun sihat walafiat lagi sekarang, cuma nokia ni dia tak jaga sangat penambahbaikan atau update untuk software fon diaorang. Tu yang tergerak hati nak beli nokia tapi sampai kedai beli jenama lain. Vivo dengan Asus pun ok jugak, tahan pun ya, cuma model dia rata2 berat sikit walaupun dah nipis. Oppo bagi aku biasa la walaupun sana sini iklan dia. Masalah yang aku pernah mengadap oppo ni macam software dia macam senang sangat masalah, driver tak stabil, on camera tapi tak keluar gambar. Yang lain-lain korang cuba la sendiri. haha.



  So, tu je la yang boleh aku kongsikan. Ada lagi tips lain. Rajin baca, rajin compare, rajin try banyak la ilmu yang korang boleh dapat.harap lepasni korang boleh lah berfikir sebelum membeli. Beli ikut bajet dan spec yang sesuai. Baru korang puas hati. Ok, sekian tips ni. Lain kali aku update apa2. Share la kat kawan korang yang suka main beli fon tapi tak tahu tips. nanti jadi mangsa kedai fon pulak dah.

#tingtingtong

No comments:

Post a Comment

APA BEZA BENGKEL KERETA DENGAN PUSAT SERVIS KERETA?

BENGKEL KERETA VS PUSAT SERVIS KERETA      Baru-baru ni admin pergi pusat servis Nissan. Selalu admin pergi bengkel member je. Tapi kali n...